Si Mariam masih lagi tertunggu tunggu akan si Ali yang tiba tiba hilang menyepikan dirinya . Mungkin dia tersinggung atau terasa hati dengan sikap atau cara layanan pasangannya terhadapnya . Kerana Mariam tahu Ali merupakan seorang lelaki yang kuat merajuk dan mudah terasa hati dengan percakapan seseorang . Pada suatu malam , apabila si Mariam mengaktifkan akaun facebooknya dia mendapati si Ali pun turut sama mengaktifkan akaun facebooknya . Pada mulanya si Mariam hanya tidak mengendahkan si Ali . Tetapi disebabkan hatinya mula rindu dan tidak mahu lagi ada sikap EGO dalam diri , dia mula menegur dengan hanya menghantar kata ucapan " Assalamualaikum"..
.
.
Dia menunggu dan terus menunggu . Si Ali tidak membalas mesej peribadi yang di hantar oleh Mariam melalui facebook . Kemungkinan si Ali tertidur kerana ketika itu jam sudah menunjukkan hampir jam 4 pagi . si Mariam masih lagi menunggu dan terus menunggu . tetapi tiada balasan yang diterima . Tiba tiba di terperasan yang si Ali memadam gambar yang terdapat pada akaun Facebooknya . si Mariam tertanya tanya ?? si Mariam mula mengantuk . Dan pada satu saat ketika si Mariam mahu mengucapkan selamat malam kepada si Ali dia mendapati yang si Ali sudah tidak mengaktifkan (deactive) akaunnya . si Mariam rasa pelik . Semua akaun yang dia ada dia tinggalkan buat sementara waktu . Tapi kenapa ? Adakah sebab Mariam ? Si Mariam kesal dengan sikap si Ali . Si Mariam tahu yang dia melakukan kesalahan tetapi tidak perlulah menghukum si Mariam sehingga sebegini rupa ..
.
.
Malam itu , si Mariam tidur ditemani airmata . Airmata kerinduan.
.
.
Keesokan harinya dia masih lagi mencari dan menunggu sms daripada si Ali . tapi sia sia . Entah kenapa hatinya mula bercelaru . Pikiran nya mula melayang . Melayang entah kemana seperti dedaun dedaun kering yang berterbangan ditiup angin :'( si Mariam perlukan seseorang yang boleh memberikan dia semangat . Selama ini hanya si Ali saja yang mampu faham akan dirinya . Ada masalah si Ali lah yang akan dicari dan si Ali lah yang menjadi pendengar yang setia . Bila nasihat dapat diberikan hatinya lega. Seperti semuanya sudah selesai . Tapi apakan daya , semua nya berubah begitu saja .
.
.
Mariam dapat satu pesanan daripada si Ali . Terkedu Mariam membaca . Mariam hanya mampu membalasnya dengan senyuman sambil mengalir butir butir permata yang jernih . Alhamdulillah ! Itulah Ungkapan darinya didalam hati . In Shaa Allah kalau ada jodoh mereka pasti bersama .
.
.
Menunggu dan terus menunggu :')
BERSAMBUNG.....

16 Dec 1994
since 2011
i am JOHOREAN 

No comments:
Post a Comment