Saturday, 20 April 2013

kawan :)



Persahabatan adalah tentang :


1. Kau menerima baik dan buruk kawan kau.
2. Kau tidak menghina kekurangan kawan semata-mata nak membuatkan kau nampak hebat.
3. Kau tidak memberi arahan dalam sesi lepak dan bergaul.
4. Kau menerima pasangan kawan-kawan kau sebagai sebahagian pershabatan kau juga.
5. Kau bahagia dengan kebahagiaan kawan-kawan kau.
6. Kau tidak judge kawan sehinga bertahun hanya kerana satu silap yang pernah dia lakukan.
7. Kau harus faham perasaan kawan kau sama macam kau mahu kawan kau faham perasaan kau.
8. Kau bersedia untuk berkongsi kawan kau dengan kawan dia yang lain.
9. Kau tidak cepat melatah dengan khabar angin, tapi kau nak dengar penjelasan dari dia sendiri.
10. Kau tidak malukan dia dengan kelemahan dirinya di hadapan kawan, keluarga dan public.

Persahabatan karib itu berbeza dengan kawan biasa. Walaupun satu masa nanti kawan karib melangkah ke kehidupan berteman dan berkeluarga, kau akan bahagia melihat dia bahagia. Hargailah kawan-kawan kerana kawan kau sentiasa ada untuk sokong kau walaupun kadang-kadang ia merenyahkan hidupnya.



'Sahabat karib bukan tentang berapa kali kau nak ulang " dia ni bestfriend aku!" sampai beratus-ratus kali, sahabat karib adalah kawan yang lalui susah senang sama, gaduh gelak sesama, walaupun sampai satu masa kawan memulakan hidup baru, kamu masih genggam erat kenangan lama, dan kau selalu tanya khabar tanpa lupa'.

No comments:

Post a Comment